create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

KENAPE EMAS???

Assalammualaikum....Salam sejahtera.

Salam perkenalan buat anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Emas merupakan satu pelaburan bijak dan amat sesuai untuk dijadikan portfolio utama untuk pelaburan. Dengan adanya blog ini, saya ingin kongsi bersama manafaat yang boleh diperolehi.


KENAPA EMAS????

1. Tidak boleh dimusnahkan & tahan lasak
2.Mudah dibahagi kepada unit kecil tanpa susut nilai.
3.Harga emas semakin meningkat dalam tempoh jangka panjang.
4.Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
5.Boleh ditunaikan bila-bila masa.
6.Bernilai di waktu bencana.
7.Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
8.tidak boleh dicipta/dimanupulasi.

Friday, April 8, 2011

Rahsia Emas

Emas digunakan bukan sahaja sebagai pelaburan tetapi untuk kegunaan penting lain!
Tahukah anda bahawa emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik? Amat baik sehinggakan ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat).
Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated. Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang kecil lain.
Dengan kata lain…
Lebih banyak teknologi ditemui, lebih banyak kegunaan emas!

Lebih banyak kegunaan emas, lagi banyak orang beli emas. Dan apa akan jadi? Harga emas akan naik gila-gila lagi. Dan ini HANYALAH salah satu sebab pertama mengapa anda perlu beli emas hari ini juga (sebelum harga secara tiba-tiba naik). Di bawah, anda akan melihat 7 lagi sebab mengapa anda perlu beli emas sekarang juga.
Emas akan mencapai tahap baru dalam harganya, mencecah sehingga $1,600 setiap ounce. Perak akan melonjak daripada harganya sekarang iaitu bawah $30 setiap ounce kepada $35. Dan minyak akan melepasi tahap kekangan, mencapai $100 setiap tong sekali lagi.
- Richard Band
Editor, Profitable Investing
Harga emas telah meningkat sebanyak EMPATKALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.

7 KUASA BESAR akan menolak emas sehingga mencapai harga $1,900
Kita biasa mendengar inflasi meningkatkan harga emas. Apabila inflasi meningkat, pelabur akan terburu-buru membeli emas. Tapi di negara kita inflasi berada pada kadar 2.0% sejak Oktober 2010. Tetapi emas tetap meningkat. Kenapa?
Sejak berada pada tahap terendah pada 2001, harga emas telah meningkat hampir 300% dan dua kali mendekati harga $1000. Apabila kerajaan mengumumkan mini bajet pada tahun 2009, ramai berpusu-pusu membeli emas. Mereka percaya emas boleh membantu mereka apabila harga-harga barang melambung naik kerana emas secara umumnya stabil harga dan hampir pasti meningkat.
Tapi itu hanyalah salah satu sebab kenapa harga emas meningkat. Harga emas meningkat mendadak adalah atas sebab-sebab lain.
Dengan China mengawal 97% daripada pasaran besi bumi (rare earth metals), permintaan akan melepasi penawaran tidak lama lagi. Syarikat perlombongan berlumba-lumba membuka lombong besi bumi.
- Early to Rise Investor’s Edition
Sebab Emas #1: Pengeluaran Emas Tahunan Berkurang
Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali  – menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.
Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit…
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku… harga emas akan panik dan naik mendadak!
Sebab Emas #2: Emas Makin Susah Dicari!
Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz… ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!
Apabila emas makin susah dicari… emas yang ada sekarang semakin bernilai… dan sesiapa yang memegangnya sekarang… boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini…
Sebab Emas #3: Permintaan Pelaburan Untuk Emas
Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan  yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.
Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.
Dalam ayat World Gold Council sendiri…
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas — dan mahukannya cepat!
Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya… semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!

Sebab Emas #4: Bank Pusat Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah – termasuk IMF – sebanyak 400 tan sahaja.
Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.
Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.
Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).
Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.
Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga…
Sebab Emas #5: Gesaan Untuk Mata Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas – macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.
Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka — meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.
Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.
Dengan kata lain – emas bakal menjadi “wang baru” untuk kebanyakan negara — terutama sekali negara-negara Islam.
Sebab Emas #6:Permintaan Emas Hangat Di Asia
Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang… China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak…secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.
Sebab Emas #7: Emas Di Dalam Secular Bull Market
Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.
Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi “bubble” (pada tahun 1998-2000) dan housing “bubble” (2007-2010) nampak kecil berbanding “bubble” emas yang akan berlaku.
Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.
Bilakah Keadaan Ekonomi Akan Kembali Buruk? Satu Jawapan: Tiada Siapa Tahu.
Apabila anda bertanya kepada 10 pakar ekonomi. Anda mendapat 10 jawapan berbeza. Mereka akan berbalah, mengeluarkan teori pelbagai tentang keadaan ekonomi. Tapi ada satu perkara yang pasti: tiada siapa tahu bila keadaan ekonomi akan buruk.
Duit Malaysia yang dikatakan kukuh mungkin diserang penyangak mata wang dan menyebabkannya jatuh kembali… walaupun ianya menggunakan “managed float” (dikenali sebagai dirty float sebagai pelabur). Ianya mungkin menyebabkan ramai orang berhenti melabur di Malaysia dan ekonomi semakin buruk.
Apabila ekonomi menjadi buruk, nilai wang makin rendah dan harga barang makin tinggi, anda boleh menjual emas yang telah anda pegang sebagai sumber kewangan apabila sumber kewangan anda sekarang tidak memberi kuasa membeli sebanyak yang anda perlukan.
Harga makanan di Kelantan sebagai contoh, ada yang sudah naik. Ada yang menyatakan ketiadaan barang sebagai alasan menaikkan harga. Dan ianya mungkin akan menjadi lebih buruk.
Sejarah Membuktikan Berkali-kali Bahawa Emas Pelaburan Terbaik…
Contohnya pada awal tahun 1988, harga emas pada 1 Januari adalah lebih kurang 480 dollar US. Tapi pada 1999, harga emas pada akhir tahun hanyalah lebih kurang 288 dollar US. Tapi kalau kita pergi kepada awal 2011, harga emas sudah mencecah 1375.90 untuk satu oz.
Harga emas pada 1 Januari hanyalah 480 dollar/oz. Jatuh kepada 425 dollar/oz pada 1 Disember.
Harga emas sehingga 1414.60 dollar/oz. Peningkatan 3 kali ganda berbanding harga 1988.
Emas akan turun dan naik tetapi ianya akan sentiasa bernilai untuk kegunaan manusia…
Ya… tiada pasaran yang bergerak dengan garis lurus. Tapi siapa yang fikir harga emas takkan melonjak lagi perlu minum kopi dahulu. Walaupun emas meningkat sebanyak 20.9% tahun lepas – itu hanyalah kecil berbanding peningkatan yang akan berlaku selepas ini. Dan ianya mungkin berlalu cepat sehingga semua yang ingat emas akan jatuh merudum – tertinggal di belakang (dan anda tersenyum hingga ke bank!).
2011 ialah masa terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka ingat masa pegang emas sudah berakhir.
Tapi, seperti yang anda tahu… itu bukan kesnya!
Beli Emas Sekarang, Sebelum Harga Terlalu Mahal Untuk Anda Dapatkannya…
Apabila saya melihat ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.
Lebih ramai orang menjual, lebih rendahlah harganya… walaupun keperluan emas semakin meningkat setiap hari. Mereka tidak tahu apa yang anda tahu mengenai emas.
Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut ketika harga rendah atau menjual emas tersebut ketika harga tinggi, semua bank dan kedai emas akan menerima emas anda tanpa banyak soal !! memang hebat produk bernama EMAS ni !! Simpan dapat untung, jual pun dapat untung !!
Dengan ini, anda boleh melindungi aset anda daripada semua benda yang menyebabkan wang ringgit jatuh. Seperti yang saya katakan, emas ialah anti-inflasi jadi nilai emas tidak akan turun.
 

Perhatikan CARTA HARGA EMAS DUNIA di atas,harganya sentiasa naik dan terus naik, Beli sekarang sebelum harganya terus mahal..dan semakin mahal..sehingga pada suatu hari anda akan berkata “kalaulah aku beli emas tahun lepas..”

Ingat: selamatkan harta anda daripada krisis-krisis ekonomi yang akan berlaku… kerana tidak ada sesiapa tahu bila ianya akan datang…
Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) [untuk digunakan]
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

EMAS Kekayaan yang sebenar

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang dicop nama Firaun sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana :
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya
2. Emas tidak boleh dibinasakan
3. Tahan lasak
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya
5. Ia sukar diperolehi

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai disimbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini, kita juga dianggap kaya.

Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.

Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai........

Berita terkini

SELASA 15 FEBRUARI 2011 • sinarharian
SUSUNAN: NORHANA FARIZA HARUN
Emasadalah logam berharga yang clicari untuk merribuat
syiling, barang kemas dan hasil seni sejak zaman daliulu lagi. Logain yang secara aslinya boleh didapati di dalam bentuk ketulan kecil dalani batuan mi adalah logam emas yang padat, lembut, berkilat dan mempakan logam asli yang paling mudah ditempa dan di mulur.
Pada 2009, sebanyak 165,000 tan emas dilombong. Jumlah in! adalah lebih knrang sama dengan 5.3 bifion auns atau kira-kira 8.500m3 dan segi isipaduaitPenggunaanemas di dunia ialah sekitar 50 peratus untuk barang kemas, 40 pertus untuk pelaburan daft 10 peratus untuk kegunaan daiaxn industri.
Pelaburan emas 2011
Dalam nilai pasaran PS$, harga emas meningkat kepada 50 peratus pada 2007,22 peratus pada 2009 dan 27 peratus path 2010, atau dalam erti kata lain, purata kenaikan adalah 24 peratus setahun antara 2007 hingga 2010. Kenaikannhlaiharga emas mi dijangka akan terus naik pada 2011 sejajar dengan kenaikan harga kornodliti yang lain.
Namun, kenaikan barga emas pada 2011 dilihatakanlebih sederhana iaitu kira-kira AS$1,500 satu aims. Hal in! mungkin kerana, hampir semua negara lebih menumpukan dalam mengukuhkan ekonomi masing-masing.
Antara agenda yang dilakukan ialah mengurangkan kadar pengangguran adalah perkara paling penting untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap
sesebuah negara itu. Selain itu, kegagalan
mengukühkan posisi ekonomi pada han in! hanya alcan mengakibatkan negara tersebut ketinggalan apahila keadaan ekonomi kernbali pulih rnulaitahun 2015 atau seawal 2013.
Dalain pada itu, Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu tunit menyiarkan, harga emas bakal mencecah paras USD 1500 (RM4650) untuk satu aims pada tahuxi in!. Hal in! dikuatkan lagi dengan kenyataan dan Pengerusi Ekselcntif dan Pengarah Umsan Poh
Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.
Menurutnya, peningkatan barga emas itü dijangka berlaku berikutan keadaan semasa dan permintaan yang herterusan di pasaran.
Thhun lalu, harga emas bagi satu auns ialahkira-kiraAS$l,400 (RM 4,340), dan pada han terakhir 2010, harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (BM4,406.34) untuk satu auns dan naik 31 peratus berbanding tahun sebelmnnya.
Penganalisis turut menjangkaldan trend peningkatan harga thi akan ijerterusan tahun in! kerana emas
Secara tradisinya, ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai yang sening cligunakan sebagai mekanisme untük melindungi nilai terhadap deflasi.
Dinar emas
Pada 1998, Kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan ema sebagai mats wang perdagangan dunia seperti maria yang diperkenalkan ketika zaman Rasulullah SAW dahulu.
Pernilihan emas in! adalah kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak bembah. Selain itu diner emasjuga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dolar Amenika dan Euro.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, ‘fin Dr Mahathir Mohamad heipendapat, diner emas tidak akan menggantikan mats wang setempat, tetapi mata wang hi! hanya akan digunakan sebagal mats wang perdagangan antara negara saja.
Sumben
http://mysuperkids.net/peluangpelaburan-emas-hartanah-sahamperniagaan-201 1/
http://mysuperkids.net/
pelaburan-emas-%e2%80%93- pandangan-peribadi-yg-anda-takpernah-dengar/
http://www.utusan.com.my?
utusanhinfo.asp?y=201 1&dt=0l07&p
ub=utusan_malaysia&sec=’Ekonomi
&pg=ek..OLhtm&arc=hive
http://ms.wildpedia.org/wiku Emas
Harga emas RM4 650 satu
Purata kenaikan 24 peratus setahun antara 2OOhJ2QO
adalab komodliti paling bk dan aspek peningkatan harga pada tahun lalu.
• Dinar emas dan dirham perak Kelantan.

Bila Nak Start Membeli Emas...Gold ohh Gold

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai cash.

Tetapi bagi sesetengah individu yang masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dalam pelaburan pasaran hadapan, memang patut untuk anda berasa takut untuk membuat pelaburan ini.Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yg spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pun harganya di pasaran, nilainya akan terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.

Jadi tiada istilah untuk tunggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High" dalam pelaburan emas fizikal ini. kalau anda terus berpegang dgn konsep seperti itu,  walau harganya dah mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli walau 1 gm emas, kerana merasakan harganya dah cukup tinggi dan mungkin akan turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep itu betul jika digunakan utk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan utk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan yang tidak sesuai dengan portfolionya. Kesannya, sampai bila-bila pun pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yg cukup tinggi dan takkan naik lagi, kerana jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi menjadi sandaran kepada nilai matawang.

So, start thinking to buy gold..it's Now or Never...

Pelaburan Emas melalui Dinar Emas

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.

Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia:

1. Dinar Emas Public Dinar Sdn Bhd (anak syarikat Public Gold)
2. Dinar Emas Kelantan

Dinar Emas Public Dinar dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu :
1 dinar
5 dinar
10 dinar

Keterangan lanjut boleh didapati di www.publicdinar.com

KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR

1. Harga yang rendah - baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas
2. Spread yang rendah (5%-6%)
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu
4.Design yang cantik
5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold

Fakta Mengenai Kenaikan Harga Emas

Siapa kata membeli emas adalah rugi?

Pernahkah kita terfikir mengapa sesebuah negara menyimpan emas sebagai rezab negara? Jawapannya adalah  kerana emas mempunyai nilai kukuh yang dapat menyelamatkan negara ketika berlakunya kemelesetan ekonomi. Jadi mengapa tidak kita juga menyimpan emas bagi melindungi dan mengukuhkan ekonomi kita sendiri?

Ini adalah statistik harga emas dari laman web rasmi Bank Negara Malaysia. Kira sendiri berapa keuntungan yang diperolehi jika anda adalah pelabur emas pada tahun 2006.

Pada 3/1/2006 harga 1oz emas adalah RM2,070.00

dan.....

Pada 29/9/2010 harga 1oz emas adalah RM4,282.00

Anda telahpun mendapat pulangan lebih 100% dalam masa kurang 5 tahun. Inilah yang dikatakan pelaburan sebenar.

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

1. Stok sentiasa ada. Ini merupakan satu kelebihan yg sangat baik kerana pelabur boleh beli emas ketika harga murah.

2. Harga kompetatif mengikut harga pasaran dunia.

3. Jongkong emas mempunyai kualiti 24K 999.9

4. Dinar emas mempunyai kualiti 22K 916.

5. Perbezaan harga jualan dan belian adalah rendah.

6. Mempunyai sijil ketulenan Emas yang sah.












7. Mempunyai cawangan seluruh Malaysia(mudah dibeli & dijual)

8. Anda akan membeli emas fizikal.

9. Memberi jaminan membeli balik emas mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya atau bengkok.

10.Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer (mencipta rekod "The Malaysian Book of Record).















11. Ada kelulusan dari Bank Negara Malaysia

Hidup Mewah Dengan Emas

Tips Berharga : Beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah!!

Untuk kali ini, saya ingin berikan pendedahan yang amat penting kepada anda, sebenarnya ramai yang tidak sedar mengapa perlu kita sandarkan setiap perbelanjaan kita dengan emas.

Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.

Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.

Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.




Caranya?

Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.

Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh :

Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM 70k.

Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.

Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami kerugian!!

Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut dibelikan emas, pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.




Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.

Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :

RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00
RM 105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm tgn)
Nah, dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 83,400.00.
RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00 (Untung dlm tgn) = RM 16,600.00

Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00!!

Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli kereta, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.

Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!

Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu!!

Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.

Ini hanyalah secebis ilmu berharga yang saya kongsikan, masih banyak lagi yang tersimpan dalam kepala saya, dan saya bersedia untuk berkongsi dengan anda pada bila-bila masa!!

Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang

Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan, kemudian jika anda masih mahu meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah 18 bulan seterusnya, dan buat lagi valuation dan seterusnya.

Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai lagi!!

Jika selepas 18 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!!


Di ambil dari  www.pelaburjutawan.com

PRODUK KAMI

 Gold Bars










 Metal
Au
Au
Au
Au
 Weight (g)
20
50
100
500
 Size (W x L, mm)
16 x 25
24 x 37
35 x 54
50 x 80
 Thickness (mm)
3
3.5
3
6
 Purity

999.9
999.9
999.9
999.9




250g gold bullion bar (Cold Cast Bar) is now available for booking.

250g-gold-bar.png
Metal : Au
Weight (g) : 250
Size (WxL,mm) : 34 x 70
Thickness (mm) : 5
Purity : 999.9
Gold Coins




pgcg050.png




 Metal

Au



 Weight (g)
50



 Diameter (mm)
38



 Thickness (mm)
3



 Purity
999.9







Gold Dinar Coins






pgcd001.png 

pgcd005.png
pgcd010.png 

 Metal
Au
Au
Au

 Weight (g)
4.25
21.25
42.50

 Diameter (mm)
18
32
38

 Thickness (mm)
0.72
1.50
2.18

 Purity

916
916
916