create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

KENAPE EMAS???

Assalammualaikum....Salam sejahtera.

Salam perkenalan buat anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Emas merupakan satu pelaburan bijak dan amat sesuai untuk dijadikan portfolio utama untuk pelaburan. Dengan adanya blog ini, saya ingin kongsi bersama manafaat yang boleh diperolehi.


KENAPA EMAS????

1. Tidak boleh dimusnahkan & tahan lasak
2.Mudah dibahagi kepada unit kecil tanpa susut nilai.
3.Harga emas semakin meningkat dalam tempoh jangka panjang.
4.Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
5.Boleh ditunaikan bila-bila masa.
6.Bernilai di waktu bencana.
7.Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
8.tidak boleh dicipta/dimanupulasi.

Friday, April 8, 2011

Fakta Mengenai Kenaikan Harga Emas

Siapa kata membeli emas adalah rugi?

Pernahkah kita terfikir mengapa sesebuah negara menyimpan emas sebagai rezab negara? Jawapannya adalah  kerana emas mempunyai nilai kukuh yang dapat menyelamatkan negara ketika berlakunya kemelesetan ekonomi. Jadi mengapa tidak kita juga menyimpan emas bagi melindungi dan mengukuhkan ekonomi kita sendiri?

Ini adalah statistik harga emas dari laman web rasmi Bank Negara Malaysia. Kira sendiri berapa keuntungan yang diperolehi jika anda adalah pelabur emas pada tahun 2006.

Pada 3/1/2006 harga 1oz emas adalah RM2,070.00

dan.....

Pada 29/9/2010 harga 1oz emas adalah RM4,282.00

Anda telahpun mendapat pulangan lebih 100% dalam masa kurang 5 tahun. Inilah yang dikatakan pelaburan sebenar.

No comments:

Post a Comment